Macam Ni Cara Buat Kajian Produk di Ebay

Assalamualaikum dan hai... Artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana nak buat kajian sesuatu produk yang hendak di jual di eBay. Kajian produk ini penting bagi memastikan produk yang kita hendak jual di eBay ada permintaannya.

Jika produk tersebut tidak ada permintaan produk tersebut mungkin tidak akan hasilkan jualan. Ini penting bagi memastikan anda sentiasa konsisten mendapat jualan dari eBay. Terdapat TIGA kaedah yang boleh anda gunakan untuk membuat kajian. Saya lebih suka menggunakan kaedah ketiga kerana datanya sudah terbukti.

Okay, jom kita tengok cara membuat kajian dari ketiga-tiga kaedah ini.

1. Google Trend

Untuk kaedah ini senang je. Pergi ke google trends atau klik sini untuk lebih mudah trends.google.com/trends/?geo=US dan taipkan apa-apa produk yang terlintas di fikiran anda. Jika produk tersebut ada permintaan, google trends akan memaparkan graf carian di beberapa buah negeri di US. 

JIka anda perasan pada gambar di atas, semasa screenshot ini di ambil taylor swift, kim kardashian, world cup, footbal dan american football tengah trending. Jika anda layari google trends sekarang, ianya akan memaparkan trending yang semasa. Anda boleh guna idea ni dan olah dengan kreativiti anda untuk mencari produk yang berkaitan dan jualnya di eBay.

2. Reddit

Reddit merupakan forum paling popular di US. Jika ni Malaysia, forum seperti lowyat dan carigold antara yang popular. Luangkan sedikit masa dengan membaca beberapa topik yang tengah trending dan gunakan kreativiti anda untuk olah produk yang berkaitan dan jualnya di eBay.

3. eBay

Saya paling suka gunakan eBay untuk membuat kajian produk kerana kita boleh dapatkan data yang proven mengenai sesuatu produk yang terjual. Caranya sangat mudah, anda pergi laman eBay dan taipkan produk yang hendak jual klik search. Kemudian, pada bahagian kiri tick pada kotak sold listing. Anda akan dapat lihat berapa produk tersebut terjual dalam sehari.

Dan anda boleh tiru dengan menjual produk yang sama seperti data yang anda dapat dari eBay. Saya suka kaedah ini kerana jika saya jual produk yang sama, pastinya produk tersebut dapat terjual.

Tips : 

  1. Produk tu mestilah terjual dengan sangat laju dalam masa 1 jam, dalam masa 24 jam, atau lebih 10 unit terjual sebulan.
  2. Barang tu anda boleh dapat supplier dari aliexpress.com untuk buat dropship.
  3. Barang tu tak vero dan anda boleh jual dalam kuantiti yg banyak.

untuk tips 2 dan 3 nanti saya akan kupaskan dalam artikel akan datang.

 

Kalau dah jumpa 3 ciri-ciri kat atas tu apalagi cepat-cepatlah listing di ebay. Setting harga sama or lebih tinggi. Anda jangan risau, walaupun anda letak harga lebih tinggi, InsyaAllah akan ada buyer yang beli dari anda.

 Rezeki Allah ni luas. Ada buyer dia takut nak beli barang yang harga murah sangat.

 Ada juga buyer yang lebih suka beli barang murah walaupun kualiti kurang asalkan dia dapat dengan harga murah.

 So, dari situasi ini sebagai penjual, insyaAllah barang anda pasti akan terjual.

 

Okay cukuplah setakat itu dahulu, dalam artikel akan datang saya akan kupaskan Macam Mana nak Dropship produk dari AliExpress serta apa maksud VERO.

 

P/S : Kalau anda nak belajar eBay lebih advance, anda boleh belajar dengan Bos Farhan sebab dia dengan slambernya dah konsisten buat puluhan ribu ringgit setiap bulan.

error: Content is protected !!

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.