Ali Express Dropship

Assalamualaikum dan Hai... Seperti yang saya janjikan hari ini saya akan share kepada anda step by step cara nak dropship dari Ali Express. Ali Express tempat seller-seller dari China berkumpul seperti 1688.com dan taobao.com. Cuma yang menariknya Ali Express kita boleh hantar barang-barang dropship kita seluruh dunia dengan kos shipping yang murah atau FREE shipping pon ada.

Untuk melakukan dropship di Ali Express anda mestilah mempunyai akaun dari aliexpress.com dahulu serta debit/credit card untuk membuat pembayaran kepada seller di sana. Saya akan tunjukan bagaimana nak daftar okay... Dont worry... :D

Langkah 1 : Anda pergi laman web aliexpress.com dan halakan anak panah mouse anda ke ikon orang tu, kemudian klik join.

Langkah 2 : Lepas dah klik join tu ada borang untuk register. Saya sarankan anda daftar guna akaun google anda sahaja untuk mengelakan masalah lupa password di kemudian hari. Klik sahaja ikon tu nanti anda akan di minta sign in ke akaun gmail anda. 

Langkah 3 : Ali Express dah bagi siap-siap kat kita produk apa yang tengah hot. So, anda x perlu susah nak cari produk apa yang nak jual. Follow je apa yang tengah hot sekarang. Mudah sahaja, anda scroll bawah sikit dan anda akan jumpa bahagian top selection. Klik situ dan anda akan lihat produk-produk yang tengah hot sekarang.

Langkah 4 : Pilih barang. Dalam artikel ni saya pilih pengasah pisau sebagai contoh. Di bahagian FREE Shipping anda perlu klik dan pilih negara customer anda. Kemudian klik button BUY NOW.

Langkah 4.1 : Setelah anda klik BUY NOW, anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah. Klik pada View Shopping Cart.

Langkah 4.2 : Selepas itu anda akan di bawa ke bahagian ini. Tick pada barangan anda dan klik BUY.

Langkah 4.3 : Okay ini bahagian yang paling penting. Pada bahagian shipping information tu anda perlu klik dan isi alamat customer anda. Selepas dah isi alamat, klik place order.

Langkah 4.4 : Setelah anda klik shipping information, anda akan di bawa ke bahagian ini. Di bahagian inilah anda isi alamat customer anda. Bahagian ini penting jangan lupa isi atau semak.

Okay selesai buat order. Sekarang mari kita tengok pengasah pisau ni ada permintaan atau tidak. Okay, sekarang anda buka ebay.com dan taip nama produk ini. Hasil carian, saya jumpa pengasah pisau ni ada terjual di eBay dan 6 unit telah berjaya di jual.

Macam mana? Menarik bukan. Tak perlu keluar modal pun. Cari produk di Ali Express dan masukan produk anda di eBay. Jika dah dapat jualan baru buat order di Aliexpress. Mudah sahaja... :D

Okay saya rasa setakat itu sahaja dahulu artikel saya kali ini. Saya harap anda dapat manfaat dari artikel ini. Kalau anda nak belajar lebih lanjut macam mana nak buat research kat ebay ni, nak listing kat ebay cara betul, saya ada sediakan panduan yang 99% lengkap untuk anda laburkan dan pastinya anda tidak akan menyesal kerana ianya satu pelaburan yang sangat-sangat berbaloi. Bukan itu sahaja, anda juga dapat join komuniti eBay Malaysia di mana anda boleh berbincang Idea dan produk-produk hot di sana.


error: Content is protected !!

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.