Assalamualaikum dan hai...

Artikel kali ini saya nak kongsikan bagaimana anda nak outsource barang-barang dari Shopee ke Ebay. Stepnya sangat mudah.

  • Masukan barang yang anda nak outsource dari shopee ke ebay
  • Tunggu order masuk dari ebay
  • Anda beli barang tersebut di Shopee
  • Tunggu barang sampai then pos ke buyer anda

Untuk outsource dari shopee, product tersebut mestilah rare dan tidak mudah didapati di pasaraya-pasaraya berdekatan dengan anda. Ini kerana ia melibatkan kos pos sekali. 

Anda boleh guna strategi ini untuk buat pre-order ataupun beli stock. Anda boleh pilih mana yang sesuai dengan anda, tapi pastikan buat market reseacrh di eBay dulu sebelum anda buat keputusan untuk menjualnya. Nanti saya share bagaimana nak buat market reserch kat eBay okay. ;) 

Langkah 1 : Pilih supplier di shopee yang mempunyai simpanan stok. bukan dropship

kenapa perlu cari seller shopee yang ada stok?

Tujuannya adalah anda nak outsource dari shopee untuk jual di ebay. tapi kalau seller tu dropship produk tu, alamatnya bila la buyer anda nak dapat barang kan? sebab tu kena contact buyer dulu dan confirmkan dengan dia ada readystok atau tak. Selalunya kalau produk tersebut readystock 2-3 hari dah sampai kat kita. 

 

Langkah 2 : Masukan barang/ listing di ebay barang yang anda dapat dari shopee dan ada potensi untuk jual di ebay.

So, bila barang dah terjual je di akaun ebay anda, boleh terus beli di shopee dengan seller yang anda dah deal di langkah 1 tadi.

ini cara paling mudah, kurang kos, dan kurang risiko tanpa simpan stok untuk outsource produk dari shopee dan jual semula ke ebay USA.

 

Langkah 3 : Beli tracking number dan sampul /parcel flexipax siap siap untuk pos barang bila dapat buyer. Boleh beli di pejabat pos berdeketan dengan anda atau boleh rujuk di sini  >>>Flexipax online<<<

Sampul/Parcel ni anda kena standby siap-siap, boleh beli dulu dalam kuantiti 1-5 unit. simpan kat rumah untuk mempercepatkan proses packing. pastikan anda dah tanya seller di shopee tu berapa anggaran berat dan dimension size barang nak beli tu. so nanti tak lah tersalah beli parcel flexipax.

Mat Salleh ni tak bising ke barang lambat sampai?

Tak.. buyer Mat Salleh ni perangainya tak macam buyer malaysia.

Buyer sana relex je, barang sampai 2-3 minggu masih okay lagi. Kalau buyer malaysia beli harini esok juga nak barang sampai depan rumah. Barang dah sampai tapi x de orang kat rumah, kita juga yang kena soundnya... hehehe

So relax.. yang penting handling time anda letak la 2-3 hari. pastikan dalam masa 2-3 hari tu mesti barang dah pos dan update tracking number ke paypal anda.


Okay, untuk artikel kali ini saya ambil Mamee Daebak Ghost Pepper sebagai contoh. 

Produk dari shopee

Ini produk tersebut yang saya ambil dari shopee. Seller ini menawarkan shipping fee RM5.04 untuk satu unit dan FREE shipping jika anda order melebihi dari 4 unit.

Sekarang, jom tengok berapa harga produk ini dijual di eBay dan berapa unit telah terjual 

Produk yang terjual di eBay

Harga yang dijual oleh seller ini di eBay adalah $11.99 iaitu bersamaan RM50.40 dan 46 unit telah pun terjual. Okay, jom kita kira berapa profit seller ni dapat.

Cara kira untung

Oh ya... Sebelum saya terlupa, nak jual kat eBay ada fee nya. So, sebelum anda nak mula jual sesuatu produk makesure buat kira-kira untung rugi siap-siap okay. Boleh rujuk kat website ini finalfeecalc.com. Anda hanya perlu masukan harga yang anda jual, shipping kos dan juga harga modal. Nanti keluarlah berapa untung bersih yang anda dapat.

Dari data yang kita dapat di atas, seller tersebut telah membuat jualan sebanyak 46unit dengan untung bersih sebanyak $3.34(RM14) setiap unit.

Jumlah untung untuk 46 unit ialah 46 x RM14 = RM644

Banyakan untung seller ni? Ni baru satu produk yang seller ni jual. Bayangkan kalau seller ni jual 10 produk dan purata untung lebih kurang sama iatu RM14 dah dapat untung bersih RM6440. 

Besar potensi nak buat jualan di eBay ni. Amatlah rugi kalau anda x ambil peluang ini. Anda juga boleh guna strategi ini untuk produk-produk yang lain tapi pastikan buat research produk tersebut dulu kalau tak nanti krik-krik je... Hehehe

Okay itu sahaja artikel untuk kali ini. Next artikel saya akan share pula macam mana nak buat kajian produk yang kita nak jual tu ada permintaan atau tidak. Tunggu email dari saya okay. Semoga bermanfaat.

Oh yaa... Kalau nak belajar eBay dengan lebih advance boleh belajar dengan Bos Farhan. Beliau dah konsisten jana puluhan ribu ringgit setiap bulan di eBay.

 

error: Content is protected !!

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.